THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, 16 March 2011

Kesyukuran & Kebahagiaan

Ucapan terima kasih amat berkait rapat dengan kebahagiaan jiwa manusia. Kebahagiaan jiwa manusia pula berkait rapat dengan rasa kesyukuran seseorang manusia. Renungkan perkara ini.., amat sukar untuk manusia membayangkan sesorang yang mempunyai kebahagiaan jiwa yang tidak bersyukur tentang sesuatu yang mereka perolehi.

Oleh hal yang demikian, jika seseorang mahukan lebih kebahagiaan dalam hidup, mulakan dengan bersyukur. Perkara ini boleh dilakukan bila-bila masa. Seseorang boleh bersyukur kerana masih hidup,boleh berjalan, bercakap,berfikir,mendengar melihat dan macam-macam lagi. Sebenarnya dalam hidup seharian, seseorang boleh berhenti serta berdiam sejenak dan bersyukur kepada Tuhan tentang pelbagai perkara yang baik dalam hidupnya. Apabila seseorang bersyukur, dia secara sedar dan sengaja bergerak ke arah kebahagiaan dalam hidup.

Sebenarnya semua orang boleh bersyukur tentang bayak perkara. Persoalannya, adakah semua manusia sedar dan menghargainya??

0 comments: